Tiga anggota TLDM maut kemalangan


TIGA
anggota tentera laut dari Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan Sandakan maut apabila trak dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

Difahamkan, kemalangan itu yang berlaku di Jalan Ranau-Tamparuli berhampiran Pekan Ranau petang tadi tidak membabitkan kenderaan lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata 7 anggota serta pegawai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta pacuan empat roda milik agensi itu dikejarkan ke ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba dan penyelamat mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori TLDM yang terbabas sendiri. Pasukan bomba dan penyelamat bertindak mengalihkan mereka yang terlibat dari lokasi kemalangan,” katanya dipetik laporan.

Keadaan trak dinaiki anggota terbabit
Sementara itu, Mawilla 2 di Sandakan dalam satu kenyataan memaklumkan mereka yang maut ialah Maslim Abdul Rahim dari Semporna, Mohamad Firdaus Mat Izan (Kluang, Johor) dan Muhammad Arif Idris (Melaka),

Seorang anggota lain yang terbabit dalam kemalangan itu Vincent M Orel cedera.

“Dalam kejadian itu, kenderaan jenis lori 3 tan milik TLDM hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan. Semua anggota yang terlibat dalam nahas itu dalam perjalanan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar dari Pangkalan TLDM Sandakan bagi melaksanakan tugas rasmi.” kata kenyataan tersebut.
 

Post a comment

0 Comments