10 NGO tampil sokong Anwar jadi Perdana Menteri.


SEKUMPULAN
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Reformis Malaysia (GRM) menyuarakan sokongan atas keputusan Pakatan Harapan (HARAPAN) menamakan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mewakili gabungan itu.

Melalui satu kenyataan bersama, GRM yang terdiri daripada 10 NGO itu berkata mereka mengalu-alukan  Majlis Presiden HARAPAN atas komited mereka kembali ke pendirian asal berhubung isu calon Perdana Menteri seperti diputuskan dalam mesyuarat 6 Julai lalu.

Menurut mereka, keputusan mencalonkan tokoh reformasi itu selaras dengan aspirasi majoriti perjuangan rakyat sejak dari awal melalui gerakan pembaharuan selama lebih 20 tahun.
https://t.me/kartelmedia
“Kami berpendirian dalam merungkai dan menyelesaikan kemelut negara hari ini, semua pihak mestilah kembali kepada kerangka besar gerakan reformasi yang dipertegaskan dalam Deklarasi Permatang Pauh (1998).

“Kami menyeru agar diperkukuhkan persefahaman semua pihak sama ada parti-parti politik, NGO-NGO masyarakat madani, agensi kerajaan, pemimpin perniagaan dan lain-lain dalam memperkasa agenda serta kebajikan rakyat, selain mewujudkan kestabilan politik, memperkukuhkan keselamatan negara dan merangsangkan semula ekonomi terutamanya kesan pandemik Covid-19,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama itu disokong oleh Persatuan Rapat Rakyat (Rapat); Pro98 Reformis; Otai Reformis; Jingga 13 Malaysia; Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM); Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (Pahlawan); Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM); Persatuan Media Sosial Malaysia (Pemassa); Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (Gasak) dan Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).

Mandat penuh untuk Anwar

Sebagai rekod, dalam keputusan pada 6 Julai lalu, Majlis Presiden bukan sahaja menamakan semula Anwar sebagai calon yang mewakili HARAPAN, malah Anwar turut diberi mandat meneruskan perbincangan dengan semua pihak dalam usaha mengembalikan mandat rakyat.

Isu siapa calon
Perdana Menteri menjadi tergantung selepas satu mesyuarat sebelumnya dimana Tun Dr Mahathir Mohammad sekali lagi mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya PN dijatuhkan.

Mahathir yang gagal mendapat sokongan KEADILAN kemudiannya menamakan Shafie Apdal sebagai
Perdana Menteri.

BACA:
Mahathir silap, Anwar sebenarnya lebih layak jadi PM

Sebagai rekod, berbanding Anwar yang memimpin parti politik di peringkat nasional dan pengerusi kepada HARAPAN, Shafie hanya memimpin sebuah parti politik yang hanya aktif di Sabah.

Keikhlasan Mahathir menamakan Shafie sebagai
Perdana Menteri hanya atas alasan 'sebulu' dengannya turut dipersoal sebahagian penyokong HARAPAN.

Post a comment

0 Comments