5 kes baru, pesakit aktif kini hanya 77 orang


MALAYSIA
mencatatkan tiga kes import melibatkan dua rakyat Malaysia dan seorang bukan warga negara dengan tarat penduduk tetap.

Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada suatu kenyataan memaklumkan terdapat lima kes baru dilaporkan hari ini dengan dua kes penularan tempatan dikesan.

Kedua-dua kes itu dikesan masing-masing di di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.

"Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia iaitu kes-kes saringan pra pembedahan...

"Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini," katanya.

Dengan perkembangan terbaru itu, Malaysia kini mencatatkan jumlah keseluruhan kes direkodkan sebanyak 8,663 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan empat lagi kes telah dilaporkan pulih dan tiada kes kematian baru berkaitan wabak itu dilaporkan. Ia menjadikan jumlah korban setakat ini kekal 121 orang.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 77 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," jelas beliau.
 

Post a comment

0 Comments