ADUN Slim meninggal dunia


AHLI
Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Allahyarham dilaporkan mengadu kesukaran bernafas sesak nafas dan di bawa ke Hospital Bentong sebelum disahkan meninggal dunia.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohammad telah mengesahkan berita kematian itu.
https://t.me/kartelmedia
Sebagai rekod,  Allahyarham pernah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada 2017.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, Allahyarham berjaya mengekalkan kerusi Barisan Nasional di Slim dengan majoriti 2,183 mengalahkan calon Bersatu dan Pas.

Berita kematian Khusairi turut dikongsikan Timbalan Ketua Angkatan Muda (AMK) Perak, Muhammad Alif Asyraf melalui laman Facebooknya.

"Ucapan Takziah kepada Keluarga ADUN Slim, Datuk Khusairi Talib atas pemergian beliau sebentar tadi," tulisnya.

Post a comment

0 Comments