Ahli politik tunjuk'perangai lama' dalam dewan


BEKAS Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof melahirkan rasa kecewa dengan apa yang dilihatnya berlaku di Parlimen.

Memetik laporan The Malaysian Insight Mohamad Ariff berkata, suasana di dalam dewan jauh berbeza berbanding sebelum ini apabila anggota parlimen berhujah dengan perlakukan yang baik serta menyertakan angka dan fakta semasa berhujah.

Selepas dua minggu sidang berlangsung Ariff berkata, sudah ada tanda-tanda menunjukkan keadaan berundur ke era sebelum pembaharuan dijalankan di Dewan Rakyat.

“Melihatkan apa yang berlaku sepanjang dua minggu lalu, nampaknya sudah kembali ke perangai lama," katanya.

https://t.me/kartelmedia
Ariff merujuk beberapa kekecohan berlaku sejak Dewan Rakyat bersidang pada 13 Julai lalu. Namun antara yang paling menonjol ialah sindiran dan perlecehan dilakukan Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim, kepada Kasthuri Patto.

Abdul Azeez menyarankan anggota parlimen Batu Kawan itu memakai bedak untuk memudahkan beliau dilihat dalam Dewan Rakyat.

Ariff dalam laporan itu turut  menceritakan bagaimana kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sangat menyokong usaha reformasi dilakukan di Dewan Rakyat. 

“Saya mendapat kerjasama yang sangat baik daripada menteri (PH). Ada beberapa pembaharuan yang kami mahu bawa.

"Sudah tentu pada mulanya mereka keberatan tetapi akhirnya kami berjaya yakinkan mereka,” katanya.

Mohamad Ariff merupakan bekas profesional dalam bidang undang-undang dengan jawatan terakhir sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

Beliau dilantik menjadi speaker di bawah kerajaan HARAPAN.

Bagaimanapun  Mohd Ariff diketepikan apabila Muhyiddin Yassin mengemukakan usul untuk menggantikannya.
 

Post a comment

0 Comments