Aidiladha: Masjidil Haram ditutup pada Hari Wukuf


PIHAK
berkuasa Arab Saudi membuat keputusan menutup Masjidil Haram pada Hari Wukuf dan Aidiladha musim ini.

Keputusan itu dibuat bagi keselamatan jemaah serta persiapan ibadat haji tahun ini. Difahamkan, hanya mereka yang mempunyai kebenaran rasmi dibenarkan memasuki Masjidil Haram.

Memetik laporan Arab News, antara persediaan keselamatan yang sudah dilakukan adalah termasuk mengawal kemasukan dan keluar jemaah ke Masjidil Haram, selain memastikan penjarakan sosial dan keberkesanan langkah mencegah penularan wabak Covid-19.

Pegawai Keselamatan Jeneral Muhammad Al-Ahmadi dipetik berkata  persediaan tahap pertama menjelang ibadat haji sudah selesai dengan aspek kesihatan merupakan fokus utama pihak mereka pada tahun ini.
https://t.me/kartelmedia
"Kami memberi fokus utama kepada aspek kesihatan tahun ini terutamanya ketika situasi pandemik ini. Persediaan seterusnya akan diteruskan pada hari-hari akan datang," jelasnya.

Turut ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah berhubung arah perjalanan untuk tawaf mengelilingi Kaabah termasuk pelan perjalanan menuju ke Bukit Safa dan Marwah.

Sementara itu, Jeneral Muhammad turut menyarankan penduduk untuk menunaikan ibadah puasa sunat di kediaman masing-masing.

"Keputusan menangguhkan solat di Masjidil Haram termasuk kawasan luarnya akan diteruskan. Kami menggalakkan penduduk Mekah berbuka puasa pada Hari Wukuf di rumah masing-masing," katanya.

Post a comment

0 Comments