Ajal guru sekolah dalam kereta


SEORANG guru yang tidak hadir ke sekolah ditemui meninggal dunia dalam kereta di kawasan parkir pangsapuri di diaminya pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Komisioner Soffian Santong berkata, mayat guru berusia 43 tahun itu ditemui guru besar yang datang ke rumahnya berhampiran Pasar Awam Paya Terubong selepas bimbang sesuatu buruk berlaku kerana dia tidak hadir ke sekolah.

Mayat ditemui dalam kereta
Guru besar tersebut sebelumnya difahamkan ada menghubungi ibu guru terbabit untuk bertanyakan khabar berikutan dia tidak ke sekolah, namun wanita itu memaklumkan anaknya pergi kerja pada jam 6.30 pagi.

"Bimbang sesuatu buruk berlaku, guru besar berkenaan mengambil keputusan untuk ke rumah lelaki itu yang juga penolong guru besar sebelum melihat kenderaannya masih berada di kawasan parkir.

"Ketika menghampiri kereta Proton Saga itu, didapati lelaki berkenaan sedang terbaring dalam kereta dan enjin tidak dihidupkan," katanya dipetik.

Ibu kepada guru tersebut turut ada memaklumkan anaknya itu tidak mempunyai sebarang penyakit dan tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital.
https://t.me/kartelmedia
"Sebulan kebelakangan ini, anaknya itu dilihat mempunyai masalah kesihatan tapi dia tidak pergi ke hospital dan hanya beli ubat di farmasi," katanya.

Sementara itu Soffian berkata, siasatan pada mangsa dan sekitar lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Post a comment

0 Comments