Akmal Nasir bantu pasangan suami isteri terpisah


AHLI
Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menawarkan diri untuk membantu seorang lelaki Singapura masuk ke negara untuk bersama pasangannya dari Malaysia.

Kesediaan Akmal itu disuarakan setelah media melaporkan harapan CA Mahendran yang mahu memasuki Malaysia bagi menjaga isterinya, A Kavitha yang menghidap diabetis dan ulser kaki.
 https://t.me/kartelmedia
Mereka terpisah susulan menutup sempadan Malaysia-Singapura ekoran wabak Covid-19.

Sementara itu, dalam kenyataan di Facebook, Akmal berkata bahawa dia mengunjungi Kavitha di rumahnya di Johor Bahru semalam setelah membaca mengenai keadaan mereka dalam laporan tersebut.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu bakal ke pejabat Imigresen Johor hari ini bagi menyerahkan dokumen berkaitan bagi membantu pasangan tersebut.

"Saya telah mendapatkan salinan dokumen daripada beliau (Kavitha) termasuk rekod kesihatan.

"Insyallah, esok pagi saya akan ke pejabat Imigresen Johor bagi menyerahkan dokumen tersebut," katanya.

Kavitha, 51, tinggal sendirian sejak tiga bulan yang lalu. Dia mengalami kesukaran berjalan kerana lukanya dan tidak dapat melakukan perjalanan ke klinik atau hospital untuk merawat kakinya.

Pada 22 Jun lalu, kerajaan mengumumkan bahawa pasangan warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia akan dibenarkan memasuki negara setelah mendapat "kelulusan" dari Jabatan Imigresen.

Lelaki berusia 58 tahun itu mendakwa telah menghantar sekurang-kurangnya "10 e-mel" kepada jabatan imigresen tetapi permohonannya tidak diendahkan.

Post a comment

0 Comments