AMANAH Labuan tidak terbubar - Mohd Hatta


AMANAH bahagian Labuan tidak terbubar seperti mana dilaporkan media.

Perkara itu dijelaskan Setiausaha Agung AMANAH Nasional, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli semalam susulan perletakan jawatan sebahagian pemimpin parti di kawasan itu semalam.

Jelasnya, buat masa ini, AMANAH Nasional akan mengambil alih pentadbiran AMANAH Kawasan Labuan sementara menunggu pimpinan baru dipilih di dalam Mesyuarat Khas Kawasan.

“AMANAH Wilayah Persekutuan bersama rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) sentiasa komited memperjuangkan kesejahteraan rakyat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, termasuk di Labuan.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas ahli AMANAH Labuan di atas segala sumbangan mereka kepada parti dan mendoakan kejayaan mereka pada masa depan,” kata Hatta dalam satu kenyataan.
https://t.me/kartelmedia
Peletakan jawatan secara mengejut semalam membabitkan sayap Wanita dan Pemuda dan 33 pemimpin cawangan bersama-sama ahli jawatankuasa mereka.

Chemat Mustapha, yang sebelum ini mengetuai bahagian itu mendakwa tindakan itu dilakukan atas alasan pemimpin parti pusat kurang memberi tumpuan mereka.

AMANAH melebarkan sayapnya di Labuan pada 2018 dan mengadakan pemilihan pertama pada Februari 2019.
 

Post a comment

0 Comments