Amaran dikeluarkan, 2 kampung di Sabah banjir


JABATAN
Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah sehingga lewat hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon melalui satu kenyataan berkata, kawasan yang dijangka bakal mengalami hujan lebat termasuk bahagian Pantai Barat Sabah, Pedalaman Sabah, Kudat, Sandakan (Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Sandakan) serta Tawau (Tawau, Lahad Datu dan Kunak).
https://t.me/kartelmedia
"Angin kencang 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Sabah dalam tempoh tersebut.

Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, hujan lebat selama tiga jam petang semalam telah menyebabkan dua kampung masing-masing di daerah Membakut dan Beaufort dilanda banjir.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan berkata dua kawasan kampung terjejas itu ialah di Kampung Muhibbah di Beaufort dan Kampung Kiulu Lumat di Membakut

Susulan itu satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort dibuka pada 9.30 malam tadi.

"Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS akan dikeluarkan selepas operasi pemindahan dan pendaftaran selesai," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, kedua-dua jalan utama di kampung berkenaan turut tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan kerana dinaiki air.

Post a comment

0 Comments