Amiruddin dakwa Haniza cuba main simpati


MENTERI BESAR
Selangor, Amirudin Shari mendakwa bekas exco, Haniza Talha yang ditamatkan perkhidmatannya minggu lalu cuba bermain simpati.

Amirudin berkata begitu sebagai mengulas kekecohan yang timbul dari insiden pejabat exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dirantai seperti didakwa Haniza baru-baru ini.

“Ia adalah proses biasa apabila jawatan exco dikosongkan. Kita benarkan pegawainya untuk ambil barang, tetapi harus diiringi pegawai setiausaha kerajaan negeri kerana sebahagian aset dalam pejabat itu adalah milik kerajaan negeri.
https://t.me/kartelmedia
“Jadi, ada borang khas perlu diisi, barang apa yang boleh dibawa keluar kerana ia membabitkan dokumen rahsia yang kita tidak mahu disebarkan atau disalah guna,” kata Amirudin pada sidang media semalam .

Menurutnya lagi, pihaknya telah bertemu dan berbincang dengan Adun Lembah Jaya itu selepas beliau dilucutkan keahlian oleh KEADILAN pada 28 Jun lalu.

Malah kerajaan negeri tegasnya turut bersetuju melanjutkan sedikit tempoh untuk Haniza kekal sebagai exco sehingga 10 Julai.

"Kita setuju sebab kami tahu jawatan itu perlu pengagihan tugas kepada pegawai terbabit. Kita telah putuskan pegawai (Haniza) untuk jumpa kita pada Isnin, tapi nak buat isu pada Sabtu. Terima kasihlah…saya kira ini mainan untuk tagih simpati.” tegasnya lagi.

Portfolio perumahan dan kehidupan bandar yang disandang Haniza kini dipangku Amirudin, dan semua program berkaitan ditangguhkan buat sementara.

Senarai nama calon menggantikan Haniza sudah diserahkan kepada Sultan Selangor.

Post a comment

0 Comments