Anggota tentera maut kereta terbabas


SEORANG
anggota tentera maut apabila kereta dipandunya terbabas dan dirempuh sebuah kereta lain.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya yang dipetik laporan Sinar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 pagi.

Mangsa, Mohamad Hisham Ismail, 30, ketika itu dalam perjalanan dari Selandar menghala ke Batang Melaka menaiki Proton Saga FLX.
https://t.me/kartelmedia
Tambahnya, siasatan awal mendapati setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dalam keadaan melintang.

Keadaan kereta mangsa
"Pada masa sama sebuah kereta Proton Waja dipandu lelaki berusia 57 tahun yang melalui kawasan itu tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan dipandu mangsa.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a comment

0 Comments