Anwar dakwa wujud gerakan burukkan parti

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan wujud gerakan yang teratur bagi mewujudkan persepsi bahawa parti pimpinannya sedang di ambang kemusnahan.

Berucap pada perasmian Konvensyen Penerangan KEADILAN di ibu negara baru-baru ini, Anwar berkata, gerakan itu bermula sejak 'Langkah Sheraton' dan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Gerakan itu jelasnya cuba memperlihatkan seolah-olah semakin ramai ahli parti meninggalkan parti itu atas alasan hilang kepercayaan kepada pimpinan kanan dan sebagainya, manakala laporan di peringkat Cabang yang terima pula menunjukkan persepsi itu tidak berasas sama sekali.
https://t.me/kartelmedia
“Kita nampak tiap hari ada saja berita negatif. Yang (dilaporkan) keluar anggota parti sudah cecah 1 juta. Tiap minggu umum keluar 20 jadi 2,000. Ada satu cabang di Kelantan yang ahlinya 4,000 tapi keluar 8,000. Dia bawa ayam, itik, rumah sekali.

“Tapi ini hanya untuk beri persepsi kita dalam keadaan masalah, tetapi kekuatan cabang itu sedikitpun tidak terjejas,” kata Anwar.

Sementara itu jelas Anwar, kumpulan individu yang meninggalkan parti itu dilaporkan sudah lama tidak menyertai program anjuran parti secara aktif, dan mereka sememangnya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan tindakan keluar parti kepada media.

Post a comment

0 Comments