Anwar gesa henti ganggu peserta Parlimen Digital


KETUA Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa tidak senang tekanan diberikan pihak berkuasa terhadap peserta Parlimen Digital.

Penegasan itu disuarakan Anwar di laman sosial Facebooknya susulan laporan berita yang menyatakan bahawa beberapa wakil daripada inisiatif itu dihubungi polis.

"Perkembangan ini ternyata merungsingkan tatkala anak-anak muda Parlimen Figital diganggu pihak berkuasa.

"Sepatutnya mereka diberi dorongan dalam meraikan demokrasi," tegas Anwar.

Semalam peguam perlembagaan Lim Wei Jiet mempengerusikan sesisidang Parlimen Digital melalui sidang maya. 222 peserta dipilih untuk mewakili kawasan parlimen mereka yang mencerminkan persidangan Dewan Rakyat.

Idea itu dikemukakan untuk membuktikan sidang parlimen secara maya dapat berlangsung.

Polis didakwa telah menghubungi perwakilannya, dengan sekurang-kurangnya lima orang daripada lebih 50 wakil yang bercakap awal hari ini didakwa dihubungi melalui media sosial termasuk di Instagram.

"Kami tidak tahu mengapa, hanya mereka meminta maklumat peribadi (peserta) dan apa yang berlaku," kata seorang anggota sekretariat inisiatif itu dipetik.

Sementara itu, Anwar menggesa Menteri Dalam Negeri serta pihak berkuasa polis menghentikan tekanan terhadap peserta inisiatif itu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) turut menggesa pihak berkuasa memberi penjelasan berhubung tindakan itu.

Post a comment

0 Comments