Anwar ingatkan menteri, data pengangguran perlu ‘realistik’


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali membangkitkan isu pengangguran di kalangan rakyat Malaysia.

Semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini, Anwar mempertikaikan apakah tinjauan yang digunakan pentadbiran Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan statistik rakyat Malaysia yang menganggur tepat.
https://t.me/kartelmedia
Ia selepas Menteri Sumber Manusia M Saravanan memaklumkan kepada dewan bahawa kadar pengangguran di negara ini kini berada pada kadar 5.3% - 5.5% berbanding 5 peratus pada April.

"Saya bimbang kerana angka ini selalunya lebih kurang dari kenyataan sebenar. Sebagai contoh unjuran sebelum ini bawah 5% dan sekarang adalah 5.3%.

"Ini tidak termasuk mereka yang hilang pekerjaan atau diberi cuti tanpa gaji, ia melibatkan jumlah besar, ”kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

BACA:
Anwar gesa cari pendekatan sesuai tangani kemiskinan

Difahamkan, pertikaiaan angka diberi kerajaan itu timbul kerana tinjauan telah dilakukan melalui wawancara telefon dan bukan melalui tinjauan di lapangan.

Sambil memberi beberapa unjuran oleh badan bebas, Anwar menegaskan peratusan pengangguran akan lebih tinggi jika tinjauan sebenar dijalankan.

"Jadi ini saya kena minta penjelasan, Jumlah (pengangguran) harus realistik.. orang menganggur ramai.

"Kalau kita terikat cara konvensional mengukur, saya bimbang jumlah itu jauh lebih kurang dari kenyataan, dan sekiranya jumlah itu jauh lebih kurang dari kenyataan langkah-langkah yang akan diambil akan jauh dan kurang dari apa yang diharapkan," tegasnya lagi.

Anwar turut memberi data dari unjuran dibuat Persekutuan Majikan Malaysia bahawa majoriti syarikat mengalami masalah kewangan dalam hujuahnya.

Turut dibawakan adalah laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang menganggarkan bahawa sehingga 2.4 juta rakyat Malaysia mungkin mengganggur susulan krisis Covid-19.

Post a comment

0 Comments