Anwar sukar percaya naratif Tun M


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), datuk Seri Anwar Ibrahim merasa ragu dan kenyataan TuN Dr Mahathir sebelum ini yang mendakwa cadangan agar Presiden Warisan, Shafie Apdal dipilih sebagai perdana menteri merupakan cetusan idea Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam temu bual dengan Sin Chew Daily, Anwar berkata, beliau tidak percaya naratif dibawakan Dr Mahathir itu sebagai benar.

Menurut Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, beliau lebih mempercayai Lim yang merupakan rakan sekutunya sejak pembangkang bergabung bagi menumbangkan Umno sejak beberapa tahun dahulu berbanding versi lain.

“Itu versi Mahathir. Saya percaya Lim,” kata Anwar dipetik laporan itu.
https://t.me/kartelmedia
Sebelum ini, Anwar dan partinya menolak sekali lagi idea untuk melantik Mahathir sebagai perdana menteri buat kali ketiga setelah Mahathir dilapor menuntut kembali jawatan itu bagi tempoh enam bulan sekiranya HARAPAN kembali berkuasa.

Menurut Anwar KEADILAN tidak akan meninggalkan prinsip perjuangannya hanya semata-mata untuk kembali berkuasa dan mengingatkan bahawa dasar perjuangan dibawakan parti pimpinnya adalah bagi memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan bukan semata-mata mahu merebut kuasa.

BACA: KEADILAN tidak akan gadai prinsip untuk kuasa


Mahathir kemudiannya membuat kenyataan untuk tidak lagi mahu bekerjasama dengan Anwar dan Partinya, namun berminat untuk kekal bersama DAP dan Amanah.

Selepas satu pertemuan bersama pemimpin kedua-dua parti tersebut, Mahathir yang gagal mendapat sokongan mengumumkan Shafie sebagai calon perdana menteri dengan alasan bahawa pemimpin parti tempatan Sabah itu 'sebulu' dengannya. 

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight Mahathir mendakwa cadangan itu datang dari Lim, tetapi mengubah fikiran untuk menyokong Anwar kemudiannya.

“Pada awalnya saya bertanya kepada mereka apakah mereka benar-benar mahukan Shafie dan mereka mengatakan ‘ya’, tetapi setelah bertemu dengan Anwar, mereka berubah (fikiran),” kata Mahathir seperti dilaporkan.

Bagaimanapun, kenyataan Mahathir itu kemudian dinafikan oleh DAP dan Amanah. Selain mengumumkan bahawa gabungan itu menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri, mereka turut menegaskan bahawa tidak pernah ada keputusan dibuat mengenai pencalonan Shafie  seperti didakwa Mahathir itu.

Sebagai rekod, seorang  penganalisis politik berpandangan, cadangan diutarakan itu berkemungkinan satu eksperimen Mahathir bagi menilai sokongan yang boleh diperolehinya.

BACA: Cadangan Shafie jadi PM cuma 'permainan akal' Tun M 


Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan, Mujibu Abd Muis berkata, cadangan melantik Shafie sebagai perdana menteri sangat sukar dilaksana dan ia tidak lebih sekadar  'fantasi politik' dan ia sukar dilaksanakan.

Malah, respon awal Anwar dan parti politik di Sarawak yang menolak idea Mahathir itu jelasnya menunjukkan bahawa mereka sedar bahawa Mahathir sedang cuba bermain politik.

"Barangkali, kedua-dua pihak sudah menghidu yang ini hanya sekadar 'permainan akal' Dr Mahathir," katanya.

Post a comment

0 Comments