Bebas atau ke penjara, nasib Najib ditentukan hari ini


NASIB bekas Presiden Umno, Najib Razak yang dituduh melakukan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubalan wang haram bakal ditentukan hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan rakyat, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memikul tanggungjawab besar untuk menentukan nasib bekas ketua negara pertama di Malaysia yang didakwa di mahkamah atas tuduhan CBT.

Najib, perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018 berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

https://t.me/kartelmedia
Mengikut pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya, Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, didakwa menggunakan kedudukannya untuk melakukan rasuah membabitkan RM42 juta menerusi penglibatan atau penyertaannya dalam keputusan untuk menyediakan jaminan kerajaan bagi pinjaman yang dipohon daripada KWAP oleh SRC yang berjumlah RM4 bilion.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan didakwa menerima RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta hasil aktiviti haram menerusi Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Tepat Masa (Rentas) ke dalam dua akaun AmIslamic Bank Berhad beliau.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

BACA:
Kesalahan Najib telah dibuktikan - Pendakwaan 
 
Bagi pertuduhan CBT, Najib sebagai seorang ejen dan penjawat awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia serta Penasihat Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC), didakwa menyeleweng RM27 juta dan RM5 juta daripada dana sebanyak RM4 bilion milik SRC.

Penghakiman awal


Dalam penghakiman sebelum ini, Mohd Nazlan antara lain memutuskan bahawa Najib telah menggunakan kedudukan atau kuasanya bagi mendapatkan ganjaran dan menggunakan dana SRC sebanyak RM42 juta, yang beliau mempunyai kepentingan, untuk kepentingan peribadi dan manfaat sendiri.

Hakim juga memutuskan bahawa tertuduh mempunyai pengaruh yang besar di samping kuasa penuh dalam SRC dan pendakwaan berjaya membuktikan terdapat unsur-unsur pecah amanah oleh Najib yang melibatkan dana syarikat itu.

Bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram, Mohd Nazlan berkata hasil RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib adalah berasal daripada aktiviti haram seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan CBT.

Selain tujuh pertuduhan yang akan diputuskan hari ini, Najib secara keseluruhan didakwa atas 42 pertuduhan.

Ia termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan ganjaran sebanyak RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Bagaimanapun bagi kes itu, ia masih dibicarakan di peringkat pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

 

Post a comment

0 Comments