Bekas menteri saman Musa Hassan



AHLI Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyaman bekas ketua polis negara Musa Hassan kerana didakwa membuat kenyataan fitnah dalam ucapannya.

Peguam Yeoh, Lim Wei Jiet mengesahkan pemfailan tuntutan saman fitnah terhadap Musa.

Difahamkan, writ saman telah difailkan ke pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu melalui firma undang-undang Tetuan Sreenevasan.
  
Musa sebagai yang dinamakan sebagai defendan dalam saman tersebut didakwa membuat ucapan berbaur fitnah ketika bercakap dalam forum bertajuk "Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?".

Wacana itu telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 30 Januari.

Dalam ucapannya, Musa didakwa antara lain telah mencadangkan DAP telah menerbitkan sebuah buku mengenai peranan orang Melayu di sebalik peristiwa rusuhan 13 Mei.
Yeoh yang juga bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika era Pakatan Harapan (HARAPAN) mendakwa ucapan itu mengandungi kenyataan fitnah yang "sama sekali tidak benar; merendahkan, menyusahkan, palsu, salah dan tanpa asas". Ia juga didakwa bertujuan untuk mencederakan plaintif secara politik."
https://t.me/kartelmedia

Beliau turut mendakwa ucapan defendan itu, "telah dirancang terlebih dahulu, dibuat dengan niat jahat, digerakkan oleh niat jahat pihak defendan untuk merosakkan, mencemarkan nama baik, memfitnah, mencederakan dan/ atau memusnahkan reputasi plaintif dalam persepsi orang ramai dan selanjutnyya mendedahkan plaintif kepada kebencian awam, ejekan dan skandal."

Sehubungan itu, Yeoh menuntut "ganti rugi umum, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan." melalui tindakan undang-undang.

Beliau juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah injuksi untuk menghalang Musa, sama ada dirinya sendiri, pegawainya atau ejennya daripada "menyebutkan, menerbitkan, menyebabkan untuk disebutkan dan/ atau menyebabkan untuk diterbitkan," perkataan yang didakwa bersifat memfitnah itu.

Post a comment

0 Comments