Bimbang 'kluster mahkamah' pula muncul


KEHADIRAN
ramai penyokong bekas Presiden Umno, Najib Razak di perkarangan Mahkamah Jalan Duta semalam telah menyebabkan kebimbangan berlakunya penularan kluster baru Covid-19.

Ia susulan tindakan kebanyakkan mereka berhimpun tanpa membuat penjara sosial serta tidak memakai pelitup muka dengan betul ketika menyertai himpunan itu.

Aksi mereka yang mula berkumpul sejak jam 5 pagi telah dimuat naik ke laman sosial, ia mengundang kritikan dari warganet.

“Walaupun kenaikan angka kes positif harian masih antara 1 atau 2 digit. Kebimbangan tetap ada terutamanya hari ini (selasa) kita dengar ada 1 himpunan di mahkamah.

“Kita bimbang berlaku kluster baru akibat daripada 1 perhimpunan yang tidak dikekang dan tidak dikawal.

“Langkah pencegahan wajib diamalkan malahan lebih berdisiplin secara bersama bagi memastikan penularan ini benar-benar tamat. Kita tidak kalah tetapi kita belum menang,” kata Ahli Parlimen Ledang dari KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh.

Syed Ibrahim memberi ingatan itu ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
https://t.me/kartelmedia
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang terjadi.

“Sudah terang lagi bersuluh, setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1m, memakai topeng dan kerap cuci tangan.

“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” tulisnya di Twitter.

Post a comment

0 Comments