Bottas juara perlumbaan F1 Austria


PEMANDU
Mercedes dari Finland, Valtteri Bottas memenangi aksi pembukaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Austria di litar Red Bull Ring semalam.

Manakala rakan sepasukannya yang juga juara dunia, Lewis Hamilton hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-4.

Perlumbaan semalam adalah julung kali diadakan untuk musim ini setelah ditangguhkan kerana pendemik Covid-19.

Bottas yang mengunguli ujian masa pada Sabtu memulakan perlumbaan dengan baik apabila memimpin perlumbaan dari pusingan pertama hingga tamat perlumbaan.

Hamilton pula berada dibelakang Bottas namun dikenakan panalti 5 saat kerana terbabit kemalangan dengan Alex Albon (Red Bull).

Susulan hukuman itu, kedudukan kedua diberikan kepada pemandu Ferrari, Charles Leclerc.

Manakala Lando Norris yang mewakili McLaren di tempat ketiga bagi podiuum pertamanya,

Sebelum perlumbaan, 14 daripada 20 pelumba berlutut tanda solidariti kepada anti perkauman di petak permulaan sebelum bermulanya perlumbaan.
 

Post a comment

0 Comments