Covid-19: Hanya tiga kes import dikesan


MALAYSIA 
mencatatkan 3 kes baru berkaitan koronavirus (Covid-19) hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia sebanyak 8,677 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, tiga kes yang dilaporkan itu bukan kes jangkitan tempatan.

"Tiga kes baharu itu membabitkan tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan ketiga-tiganya membabitkan rakyat Malaysia.

"Sukacita dimaklumkan, tiada kes penularan di dalam negara hari ini," kata Dr Noor Hisham.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat lima kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat tengahari tadi.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes pulih terus meningkat kepada 8,486 kes dengan kadar kesembuhan 97.8 peratus.

Manakala jumlah pesakit yang dirawat kini terus berkurangan kepada 70 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital. Daripada jumlah itu  2 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 1 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kematian kekal 121 nyawa dengan tiada kematian dilaporkan hari ini.

Post a comment

0 Comments