Covid-19: Indonesia catat kes lebih tinggi dari China


NEGARA jiran Indonesia telah merekodkan hampir 85,000 kes positif koronavirus (COvid-19).

Berada dalam keadaan membimbangkan, Indonesia kini secara rasminya telah mencatatkan jumlah kes positif lebih tinggi berbanding China -negara yang menjadi asal wabak berkenaan.

Kementerian Kesihatan Indonesia dalam kenyataan harian semalam melaporkan negara itu merekodkan 84,822 kes keseluruhan dengan 1,752 kes baru, China setakat ini pula merekodkan 83,644 kes dengan 22 kes terbaru sehingga semalam.

Jangkitan baru itu melibatkan 346 kes di Jakarta, diikuti Jawa Tengah dengan 266 kes, Jawa Timur dengan 204 kes dan Sulawesi Selatan sebanyak 168 kes.
https://t.me/kartelmedia
Seramai 43,268 mangsa Covid-19 di Indonesia dilaporkan pulih.

Ketua Pengarah Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Acmad Yurianto, dilaporkan berkata Indonesia juga mencatatkan 59 kes melibatkan kematian baru menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara itu sebanyak 4,016.

Di peringkat global wabak itu sudah menjangkiti lebih 14 juta orang dengan lebih 601,500 orang meninggal dunia.

Post a comment

0 Comments