Covid-19: KKM kesan tiga kes baru


KETUA Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tiga kes baru berkaitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes dikesan di negara ini sebanyak 8,737.

Tiga kes yang dikesan itu jelasnya melibatkan 1 kes import dan 2 kes tempatan.

Satu kes import melibatkan seorang warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Kedua-dua kes penularan dalam negara pula adalah bukan warganegara Malaysia dan tiada kes dalam kalangan warga tempatan dilaporkan pada hari ini,” katanya.

Noor Hisham berkata, 2 kes dalam kalangan bukan warganegara adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu 1 kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Jalan Duta sebelum proses pemindahan ke DTI lain dan 1 kes adalah di Sarawak melalui saringan di tempat kerja yang dijalankan oleh majikan.
https://t.me/kartelmedia
Sementara itu, seramai 22 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh serupa, perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan sembuh adalah seramai 8,538.

Jumlah pesakit dirawat kini menurun kepada 77 dengan 3 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 1 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kematian kekal 122 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini

Post a comment

0 Comments