Covid-19: Kurang 1 peratus kes sedang dirawat


KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan enam kes baru koronavirus (Covid-19) hari ini, sekaligus  menjadikan jumlah kes positif di Malaysia setakat ini meningkat sehingga 8,674 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kes tersebut terdiri daripada  empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dua kes lagi penularan tempatan.

"Semuanya melibatkan warga Malaysia," katanya.

Bagaimanapun jelas Dr Noor Hisham, peratusan pesakit pulih terus meningkat, setakat tempoh serupa lima pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini.

Daripada keseluruhan 8,674 kes positif dilaporkan, 8,481 kes atau 97.8 peratus pulih.

Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan angka kematian kekal 121 kes, atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dengan semua data diberikan, jumlah mereka yang dirawat setakat ini ialah kurang 1 peratus atau 72 kes. dua pesakit yang kini diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta diberikan bantuan pernafasan.
 

Post a comment

0 Comments