Datuk Bandar Seoul ditemui mati lepas dilapor hilang


DATUK Bandar Seoul, Park Won-Soon ditemui mati selepas beberapa jam dilapor hilang.

Mayat Won-soon,64, ditemui di Gunung Bugak di utara Seoul sekitar tengah malam waktu tempatan, berhampiran tempat isyarat telefonnya terakhir dikesan, kata Badan Polis Metropolitan Seoul.

Bagaimanapun agensi itu tidak memberikan sebab kematian.

Terdahulu, kehilangan Won-Soon dilaporkan anak perempuannya selepas dia dikatakan meninggalkan pesanan 'seperti wasiat'

Jurucakap polis, Kim Ji-hyeong berkata, kehilangannya dilaporkan pada jam 5.17 petang (waktu tempatan). Anak perempuannya mendakwa telefon bimbit bapanya juga telah ditutup.

“Beliau tidak hadir di pejabat dan turut membatalkan mesyuarat dengan pegawai presiden,” tambah Ji-hyeong.

Sebelumnya operasi mencari telah dijalankan. Sekitar 600 polis dan petugas pemadam kebakaran, drone dan anjing pelacak menyertai operasi itu.

Sebelum ini media melaporakan ada aduan jenayah terhadap Won-Soon telah diajukan.

Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa bekas setiausaha Datuk Bandar itu mengemukakan aduan pada hari Rabu mengenai dakwaan kejadian gangguan seksual.
https://t.me/kartelmedia
Won-soon dilihat sebagai calon berpotensi untuk Parti Demokratik Liberal pada Pilihan Raya Presiden 2022 menggantikan Moon Jae-in.

Mendiang dikenali sebagai aktivis sosial dan peguam hak asasi manusia, dipilih sebagai Datuk Bandar Seoul pada tahun 2011.

Post a comment

0 Comments