DOJ tuntut AS$96 juta aset berkaitan 1MDB


JABATAN
Keadilan AS (DOJ) dilapor sedang menuntut perampasan aset bernilai AS$96 juta yang didakwa berkaitan dengan konspirasi pengubahan wang haram antarabangsa 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Aset-aset itu termasuk hartanah mewah di Paris serta karya seni oleh Claude Monet dan Andy Warhol yang dituduh berkaitan dengan penggelapan dana 1MDB oleh pegawai Malaysia, kata DOJ dalam satu kenyataan petik Reuters.

Pada 7 Mei lalu, AS dilapor mencapai persetujuan untuk mendapatkan lebih daripada AS$49 juta (RM212 juta) aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB, kata DOJ.

DOJ dalam kenyataan yang dipetik Rauters juga berkata, agensi terbabit menyelesaikan kes pelucutan hak sivilnya terhadap aset diperoleh bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem al-Qubaisi.

Setakat ini, agensi itu telah mendapatkan kembali atau membantu Malaysia dalam mendapatkan semula aset bernilai hampir AS$1.1 bilion yang berkaitan dengan skim ini.

Untuk rekod IPIC ialah syarikat yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Khadem didakwa menyelewengkan dana 1MDB untuk mendapatkan pelbagai aset terbabit.

Dana itu didakwa melalui proses pengubahan wang melalui institusi kewangan di beberapa negara termasuk AS, Switzerland, Singapura dan Luxembourg.

Post a comment

0 Comments