Dr Noor Hisham dan KKM terima pengiktirafan


DATUK
Dr Noor Hisham Abdullah bersama petugas barisan hadapan yang berusaha keras menangani penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di Malaysia mendapat pengiktirafan dunia.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan itu dinobatkan Anugerah BrandLaureate - Sijil Pengiktirafan dan Penghargaan sebagai Penyampai Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Cemerlang.

Selain Dr Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendapat pengiktirafan Anugerah serupa.
https://t.me/kartelmedia
Dalam majlis di KKM di sini, Dr Noor Hisham menerima kedua-dua anugerah tersebut yang disampaikan oleh Presiden Yayasan Jenama Dunia, Dr KK Johan dan Pengerusinya, Tan Sri Rainer Althoff.

Dr Noor Hisham dalam ucapannya sebelum menerima anugerah itu berkata, kedua-dua pengiktirafan itu mencerminkan dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap individu di KKM serta pelbagai agensi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

“Kami di sini bukan untuk populariti tetapi yang lebih penting adalah menyelamatkan negara dalam krisis,” katanya dalam ucapan terima kasih bagi pihak petugas barisan hadapan atas pengiktirafan itu.

Sementara itu, Althoff berkata, Malaysia berjaya meratakan lengkungan graf pandemik Covid-19 dan ini semua disebabkan usaha gigih pasukan KKM di bawah kepimpinan Dr Noor Hisham.

“Anda dan pasukan anda berhasil. Anda menemukan resipi kejayaan dalam meratakan lengkungan serta menunjukkan amalan terbaik dalam komunikasi,” katanya.

Post a comment

0 Comments