Dua wanita dan bayi baru lahir cedera kena rempuh


DUA wanita dan seorang bayi lelaki yang baru lahir cedera dilanggar sebuah kereta di hadapan lobi sebuah hospital swasta.

Dalam kejadian di Kota Damansara, petang Sabtu itu, kenderaan dipandu seorang lelaki tiba-tiba memecut laju. Kereta berkenaan merempuh tiga buah kenderaan lain dan dua wanita serta bayi yang berada di tempat mengambil dan menurunkan penumpang di hadapan lobi tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pemandu terbabit sedang menunggu anaknya keluar dari lobi hospital telah tertekan pedal minyak sebaik ternampak anaknya keluar ke tempat menunggu.
https://t.me/kartelmedia
"Dua wanita masing-masing berusia 30 dan 35 tahun serta bayi lelaki berusia sehari cedera dalam kejadian itu. Semua mereka kini sedang dirawat di zon merah hospital berkenaan dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, empat kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu mengalami pelbagai kerosakan.

Susulan kejadian itu, pemandu berusia 62 tahun tersebut kemudian ditahan untuk menjalani ujian saringan air kencing dan ujian alkohol dan keputusan mendapati kedua-duanya negatif.

Rakaman kejadian yang dirakamkan
Lelaki terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi dan siasatan masih diteruskan.

Pihak polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap kes berkenaan. Jika disabitkan kesalahan, pemandu tersebut boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Post a comment

0 Comments