Fuziah Salleh kini Ketua Wanita KEADILAN


AHLI Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh secara rasmi dilantik sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada Sabtu.

Berita lantikan itu diumumkan parti tersebut melalui kenyataan yang disiar di Facebook rasmi mereka.

Sebagai rekod, Fuziah mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha dilucutkan keahliannya daripada parti itu.

https://t.me/kartelmedia
Haniza digantung keahliannya daripada KEADILAN pada 6 April lepas kerana bertemu individu yang didakwa dalang kepada 'langkah Sheraton' Mohamed Azmin dan bekas Ketua Zuraida Kamarudin di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Februari lepas.

Untuk rekod, pada Pemilihan KEADILAN 2018, Haniza dan Fuziah bertanding bagi jawatan tersebut manakala bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita disandang oleh ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Dr Daroyah yang turut dikaitkan dengan kem Azmin turut mengumumkan keluar dari parti itu baru-baru ini. Jawatan timbalan sayap wanita parti itu ketika ini masih kosong.

Post a comment

0 Comments