Hagia Sophia jadi masjid, pelancong tetap dialu-alukan


HAGIA SOPHIA, salah satu bangunan paling ikonik di dunia bakal bertukar menjadi masjid tidak lama lagi.

Ia susulan keputusan sebuah Mahkamah Tinggi di Turki hari  membatalkan status muzium Hagia Sophia yang didirikan sebagai gereja besar oleh Empayar Byzantine pada abad keenam Masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453 itu.

Agensi berita Anadolu melaporkan keputusan itu bakal menyaksikan tinggalan sejarah unik yang asalnya adalah sebuah katedral itu akan kembali menjadi masjid setelah ia dijadikan muzium oleh kerajaan sekular Turki pada 1934.

Difahamkan, keputusan itu dibuat Majlis Negara yang membahaskan kes difailkan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO) tempatan.
https://t.me/kartelmedia
Perkembangan terkini itu turut diumumkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan awal pagi tadi (waktu Malaysia).

"Keputusan diambil untuk menyerahkan pengruusan Masjid Ayasofia kepada Pihak Berkuasa Hal Ehwal Agama Turki dan ia dibuka kepada umat Islam untuk bersembahyang," kata Erdogan yang dipetik Al Jazeera hari ini.
Perkongsian di Twitter Erdogan


Sebelum ini Erdogan mencadangkan agar bangunan tersebut - satu daripada mercu tanda paling popular dalam kalangan pelancong - ditukar kembali menjadi masjid.

Sebelum pengumuman itu dibuat, mahkamah Turki membenarkan permohonan sebuah pertubuhan Islam tempatan yang meminta agar status muzium untuk Hagia Sophia dibatalkan.

Seorang jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin, pada awal minggu ini dilapor pernah berkata pelancong masih dialu-alukan melawat Hagia Sophia.

"Membuka Hagia Sophia untuk beribadat tidak akan menghalang pelancong tempatan dan asing daripada melawat tapak ini," katanya.

Post a comment

0 Comments