Hilang pemimpin, KEADILAN Ampang tidak roboh


USAHA
untuk melemahkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ampang tidak berjaya walaupun tiga bekas pemimpinnya keluar atau dipecat dari parti.

Pengerusi KEADILAN Selangor, Amirudin Shari berkata, KEADILAN Ampang masih mendapat sokongan rakyat dan mampu kekal mempertahankan mandat rakyat yang diberi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Biarpun ada usaha oleh pemimpin berpengaruh di Selangor dengan beralih arah menjatuhkan kerajaan sendiri dan menubuhkan kerajaan baharu bersama kleptokrat tetapi tiada satu cabang di Selangor terbubar daripada episod pengkhianatan ini," katanya.
https://t.me/kartelmedia
Sebagai rekod, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali keluar parti susulan krisis politik "Langkah Sheraton' yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mereka dianggap sebagai individu yang telah mengkhianati parti tersebut.

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Talha yang rapat dengan kedua-dua pemimpin itu dipecat keahlian daripada parti.

Sementara itu Amirudin berkata, perjuangan reformasi dibawa KEADILAN tidak dapat dibawa individu 'pengkhianat' melalui parti lain.

"Kalau ada mana-mana kelompok yang cuba untuk 'copy paste' atau bawa agenda reform, semuanya tidak kekal lama dan akan dimakan sejarah.

"Saya yakin sebesar manapun pemimpin itu, sejarah 20 tahun perjuangan kita dengan pahit getir, akhirnya parti ini kekal wadah terbaik untuk bawa agenda reformasi kepada Malaysia," katanya.

Post a comment

0 Comments