Hulu Perak banjir kilat


SEBANYAK
tiga buah kampung di daerah Hulu Perak dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda kawasan itu selama beberapa jam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu, Penolong Penguasa Bomba Shahirul Anwar Abdul Azam yang dipetik laporan media berkata, pihaknya menerima maklumat banjir kilat pada jam 5.49 petang.

Seramai sembilan penduduk daripada dua keluarga juga dipindahkan ke tempat selamat setelah air naik setinggi hampir satu meter akibat limpahan sungai berhampiran.
 
“Lokasi yang terlibat ialah Kampung Bukit Buluh yang mana lima penduduk telah dipindahkan, sementara Kampung Kuak Tengah pula melibatkan empat penduduk.

Situasi banjir di Hulu Perak | Foto JBPM Perak
“Bagi Kampung Bukit Serdang pula, operasi pemantauan sedang dilakukan,” katanya dipetik laporan itu.

Syahirul Anwar turut memaklumkan berkata semua mangsa dipindahkan ke rumah keluarga terdekat dan berada dalam keadaan selamat.

Tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini.

Operasi pemantauan dan pemindahan malam tadi menurutnya melibatkan 16 pegawai dan anggota.

Post a comment

0 Comments