Kapal perang Indonesia tenggelam di Jawa Timur


SEBUAH kapal tentera laut Indonesia, KRI Teluk Jakarta-541 dilapor tenggelam di perairan Masalembo wilayah Jawa Timur kira-kira 8.30 pagi Selasa.

Tentera Laut Indonesia dalam satu kenyataan berkata, kapal itu karam disebabkan terdapat beberapa kebocoran pada kapal berkenaan ketika sedang menjalankan tugasan logistik.

"Gelombang ombak (di sekitar) lokasi pada ketinggian antara 2.5 dan empat meter ketika kejadian," kata kenyataan itu.
https://t.me/kartelmedia
KRI Teluk Jakarta-541 adalah kapal perang jenis pendarat kelas Teluk Gilimanuk milik TNI-AL.

Kapal ini ditenagai 2 mesin diesel, 2 shaft yang menghasilkan 12,000 bhp yang mampu memacu sehingga 18 knot. kapal tersebut mampu mengangkut kargo hingga seberat 600 ton dan dilengkapi sejumlah persenjataan untuk mempertahankan diri.

Sementara itu. Ketua Perkhidmatan Penerangan TNI AL (Kadispenal) Laksamana Pertama TNI Mohamad Zaenal dipetik portal negara jiran berkata, terdapat 55 anak kapal dalam KRI Teluk Jakarta ketika kejadian dan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

"Seluruh ABK (anak buah kapal) sejumlah 55 orang dalam keadaan selamat," jelasnya.

Post a comment

0 Comments