KEADILAN beri bayangan letak calon di Slim


PARTI
Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak akan mempertahankan legasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia petang semalam.

Pengerusi KEADILAN negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan meneruskan usaha membela nasib rakyat kawasan itu ketika dalam waktu mencabar ini.

Beliau turut memberi bayangan bahawa parti itu akan meletakkan anak tempatan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang bakal diadakan kelak.
https://t.me/kartelmedia

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia petang tadi (Rabu).

“Kita akan meneruskan usaha membela nasib rakyat sebagai pembangkang ketika negara kita mengalami krisis Covid-19 dan rakyat sedang menghadapi kemelut ekonomi,” katanya malam tadi.

Semalam, Khusairi, 59, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 4.15 petang di Hospital Bentong, Pahang.

ADUN Slim selama empat penggal sejak 2004 itu pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort kira-kira 2.30 petang.

Allahyarham ialah ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Umno Bahagian Tanjung Malim.

Beliau mempertahankan kerusi DUN Slim pada pilihan raya umum ke-14 lalu dengan majoriti 2,183 undi, selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd Amran Ibrahim yang mendapat 6,144 undi dan calon PAS, Zulfadli Zainal yang meraih 4,103 undi.

Post a comment

0 Comments