Kes Covid kembali meningkat, penularan tempatan bertambah


KEMENTERIAN
Kesihatan memaklumkan 21 kes jangkitan baru Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, 6 daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 15 kes lagi melibatkan penularan dalam negara.

Berkenaan 6 kes import hari ini, Hisham melaporkan ia melibatkan 4 warganegara dan 2 bukan warganegara yang dibenarkan masuk atas urusan kerja.
https://t.me/kartelmedia
“Enam kes import tersebut adalah dari Filipina (3 kes), India (1), Rusia (1), dan Denmark (1),” katanya dalam kenyataan.

Berkenaan 15 kes penularan dalam negara, Hisham melaporkan ia melibatkan 13 warganegara dan 2 bukan warganegara.

Bagi kes melibatkan warganegara, 12 dikesan dari Kluster Rumah Warga Emas Kluang di Johor, dan 1 dari saringan pra pembedahan di Negeri Sembilan.

Bagi kes melibatkan bukan warganegara, 1 kes dikesan dari Kluster Rumah Warga Emas Kluang, dan 1 dari saringan pra pembedahan di Johor.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan 2 pesakit sembuh hari ini. Jumlah kematian kekal 123 orang seperti semalam.

Setakat ini, seramai 122 mangsa sedang dirawat di seluruh negara. Tiga daripadanya sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan seorang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sehingga kini, Malaysia melaporkan 8,800 kes Covid-19 dengan 8,555 daripadanya sembuh.

Post a comment

0 Comments