Kes positif Covid-19 terus meningkat


KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan 23 kes baru berkaitan Covid dalam tempoh 24 jam sehingga tengahari tadi.

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dikesan di Malaysia adalah sebanyak 8,884 kes.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 23 kes itu, 6 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 4 warganegara Malaysia dan 2 bukan warganegara.

“Enam kes import berkenaan adalah dari negara Singapura (3 kes) Indonesia (1 kes), Filipina (1 kes) dan Rusia (1 kes),” katanya dalam kenyataan.

Manakala daripada 17 kes penularan dalam negara pula, Dr Noor Hisham menjelaskan ia melibatkan 10 kes membabitkan warganegara Malaysia, manakala 7 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara.

“Kes jangkitan melibatkan bukan warganegara adalah 7 kes. Ia membabitkan 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu kes saringan selepas bersalin. Beliau merupakan seorang tahanan di depoh tahanan imigiresen Bukit Jalil.

“Di Selangor pula terdapat 2 kes, manakala di Johor pula ada 4 kes.

"Bagi kes melibatkan warganegara, 2 kes dikesan di Johor, Manakala di Sarawak, terdapat 8 kes," tambahnya lagi.
https://t.me/kartelmedia
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, 17 pesakit disahkan sembuh dengan jumlah keseluruhan pesakit sembuh setakat ini ialah 8,594.

Jumlah pesakit dirawat di hospital ialah 167 dengan 2 dari 3 pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kematian pula kekal 123 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.
 

Post a comment

0 Comments