Khazakhtan tolak amaran 'virus baru' oleh China


KEDUTAAN
Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran jangkitan baharu yang didakwa lebih bahaya berbanding koronavirus (Covid-19).

Amaran itu susulan berlaku peningkatan “pneumonia tidak dikenali” di bekas republik Soviet itu sejak Jun lepas.

"Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan.

“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.
https://t.me/kartelmedia
“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut," Kata kedutaan China dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.

Laman web kedutaan itu sebelumnya memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara.

Difahamkan, terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku pada bulan Jun, yang turut melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu.

Berdasarkan laporan daripada agensi berita Kazinform, seramai 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia dimasukkan ke hospital saban hari.

Bagaimanapun Kazakhstan menolak amaran peringatan kedutaan China kepada warganya.

Kementerian kesihatan Kazakhstan menyebut laporan media China berdasarkan kenyataan kedutaan sebagai "berita palsu".

"Maklumat yang diterbitkan oleh beberapa media China mengenai jenis radang paru-paru baru di Kazakhstan tidak betul," kata kementerian itu.

Post a comment

0 Comments