Kluster Seri Petaling diisytihar berakhir



KEMENTERIAN
Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharkan Kluster Perhimpunan Seri Petaling telah tamat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, pesakit lelaki berusia 83 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu, yang juga dari generasi pertama Kluster Sri Petaling telah dibenarkan pulang.
https://t.me/kartelmedia
Memetik laporan media, pesakit itu berada selama tiga bulan dan 20 hari di hospital, termasuk dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dibenar pulang pada 6 Julai lalu.

Sebagai rekod, kluster tersebut merupakan kluster Covid-19 terbesar di negara ini yang dikesan susulan satu perhimpunan keagamaan yang telah diadakan di sebuah masjid di Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 3 Mac 2020.

Perhimpunan yang telah berlangsung selama empat hari telah dihadiri seramai 16,000 orang iaitu 14,500 warganegara Malaysia dan 1,500 bukan warganegara dari pelbagai negara lain.

Kes positif COVID-19 pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac 2020 iaitu seminggu selepas perhimpunan berakhir melibatkan kes ke-131 dan kes ke-136.

Manakala pesakit terakhir dalam Kluster Sri Petaling dikesan pada 11 Julai lalu membabitkan kes ke-8,367 membabitkan seorang warga Filipina yang juga pelajar di sebuah madrasah di Sungai Lui, Hulu Langat

"Saringan ulangan mendapati beliau positif tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala. Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan sembuh pada 24 Jun 2020," katanya Dr Noor Hisham.

Menurut laporan, seramai 34 kematian telah dilaporkan dalam kluster ini yang terdiri daripada 31 warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara melibatkan 30 orang lelaki dan empat orang perempuan.

Post a comment

0 Comments