KPN mesti jelaskan kenapa siasat peserta Parlimen Digital


SEORANG
pemimpin DAP mengkritik tindakan pihak berkuasa menghubungi peserta Parlimen maya (Parlimen Digital) bagi mendapatkan maklumat peribadi mereka.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menegaskan tiada keperluan untuk pihak polis berbuat begitu kerana inisiatif golongan muda itu melanggar mana-mana undang-undang.

Ramkarpal yang juga seorang Peguam berkata, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador perlu menjelaskan kenapa tindakan itu dilakukan dan Abdul Hamid tegasnya perlu memastikan apa-apa siasatan ke atas acara itu dihentikan serta-merta.

“Kewujudan sikap tidak bertolerasi sedemikian pada hari dan zaman ini tidak boleh diterima. Tidak ada kewajaran untuk menakut-nakutkan penganjur dan peserta program itu, terutamanya apabila ia menggalakkan perbincangan yang bernas.

“Melainkan, tujuan penyiasatan polis itu sememangnya untuk menyekat kebebasan bersuara dan kritik sah terhadap kerajaan yang mungkin berlaku susulan perdebatan dalam program tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai rekod, tuntutan serupa telah disuarakan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

BACA:
Anwar gesa henti ganggu peserta Parlimen Digital

Anak muda jelas Anwar sewajarnya diberi dorongan meraikan demokrasi dan bukan ditekan.

Baru-baru ini, media melaporkan sebahagian daripada 222 wakil orang muda dihubungi oleh polis sebaik sahaja sesi maya mereka itu tamat semalam.

Parlimen maya merupakan inisiatif Challenger Malaysia, Undi 18, Liga Rakyat Demokratik dan Pertubuhan Beliau Malaysia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menunjukkan bagaimana badan perundangan boleh bersidang melalui platform atas talian.

Penganjur majlis debat belia dalam talian "Parlimen Digital" melalui kenyataan semalam berkata, pihak polis sewajarnya menghubungi mereka dan bukan mencari para pesertanya.

"Beberapa peserta telah dipanggil hadir ke balai polis untuk disoal siasat tanpa nasihat peguam, manakala ada juga yang diundang untuk perbincangan secara santai.

"Untuk penjelasan dan permintaan maklumat, kami minta pihak polis untuk menghubungi kami, pihak penganjur acara itu," kata kumpulan tersebut.

Post a comment

0 Comments