Lelaki dibaham buaya ketika basuh perahu


SEORANG
lelaki dipercayai menjadi korban terbaru serangan buaya di Sarawak.

Lelaki berusia 47 tahun itu hilang dan dipercayai  dibaham reptilia itu di Sungai Seduku yang merupakan anak sungai Batang Lupar di Sri Aman, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak yang dipetik laporan Bernama berkata pihaknya telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.19 pagi. dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman diketuai Pegawai Bomba Kanan Freddy John digegaskan ke tempat kejadian.

Usaha mencari mangsa dilaksana pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan penduduk kampung yang tinggal berhampiran Rumah Panjang Tuntun di sungai berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum menemui mangsa yang didakwa dilarikan buaya dalam serangan itu.

https://t.me/kartelmedia
Sementara itu,seorang rakan mangsa yang juga saksi kejadian memberitahu beliau melihat lelaki itu dibaham di bahagian kaki oleh seekor buaya.

Saji Thomaa, 52,  berkata, beliau bersama mangsa dikenali sebagai Kong Gindi, 47 sedang mencuci perahu semasa kejadian sebelum melihat rakannya ditarik ke dalam sungai.

"Semasa pencarian, ada orang kampung ternampak jasad lelaki itu di tebing sungai bersama buaya tersebut, iaitu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun apabila mereka menghampirinya, buaya itu telah menarik semula lelaki itu masuk ke sungai," menurut jurucakap bomba.
 

Post a comment

0 Comments