Lepas Mat Sabu, Lim Guan Eng pula jumpa Anwar


SETIAUSAHA
Agung DAP Lim Guan Eng bertemu Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Anwar itu di Petaling Jaya semalam.

Pertemuan itu menyusul selang  sehari selepas Presiden Parti Amanah Negara, Mohammad Sabu membuat kunjungan serupa.

Kunjungan kedua-dua mereka berlaku ditengah kebuntuan mengenai calon perdana menteri mewakili gabungan itu, yang menyaksikan Dr Mahathir cuba menghalang cadangan pertama HARAPAN agar Anwar dilantik menerajui negara sekiranya gabungan itu kembali berkuasa.

Kunjungan Lim ke Pejabat Anwar dikongsikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu di laman sosialnya semalam dengan kapsyen dan tanda pagar #kawantetapkawan.

“Terus bersama perkukuh muafakat,” kata Anwar dalam hantaran tersebut.

Hubungan DAP, Amanah dan Anwar sedikit ketegangan setelah parti itu cenderung untuk menerima cadangan agar Dr Mahathir Mohamad, 95, sekali lagi menyandang jawatan perdana menteri buat kali ketiga.

Mengikut perancangan berkenaan, Anwar akan dilantik bergandingan dengan Mahathir menjadi timbalan perdana menteri dan akan menggantikan ahli parlimen Langkawi itu selepas enam bulan.

Bagaimanapun, Anwar dan KEADILAN menolak agar Mahathir sekali lagi diberi peluang menerajui negara.

Beberapa pemimpin termasuk dari DAP sendiri sebelum ini mempersoal sejauh mana Mahathir ikhlas untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar selepas tempoh enam bulan berakhir.

Post a comment

0 Comments