Lima kes baru Covid-19 dlaporkan



KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan sebanyak lima kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini.

Perkmebangan terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 8,734 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini hanya dua kes pulih dicatatkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit pulih sebanyak 8,526 kes bersamaan 97.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
https://t.me/kartelmedia
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini pula adalah sebanyak 86 kes.

"Jumlah pesakit yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah lima pesakit dan seorang masih memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, bagi kes kematian pula Dr Noor Hisham berkata tiada pertambahan kes dan jumlahnya kekal 122 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Post a comment

0 Comments