Mahathir hanya akan bersara bila "puas”?


KEPUTUSAN tegas Pakatan Harapan (HARAPAN) menolak calon lain selain Anwar sebagai Perdana Menteri dilihat sebagai satu langkah yang dapat menamatkan permainan politik Tun Dr Mahathir Mohammad.

Prof Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berpandangan, dengan apa yang berlaku kebelakangan ini, Mahathir dilihat semakin hilang pengaruh politik berbanding apa dinikmatinya ketika bersama HARAPAN pada Pilihan Raya Umum lalu.

Jelasnya, untuk kekal relevan dan sekali lagi mahu bertanding dalam pilihan raya, Mahathir memerlukan sokongan parti politik lain, bagaimanapun jelasnya beliau percaya Mahathir tidak akan kembali ke PPBM kerana parti itu kini bekerjasama dengan Umno.

“Kerjasama Mahathir dan Umno tidak akan berlaku,” katanya dipetik laporan sebuah portal.

Hari ini, enam anggota parlimen Bersatu dalam kem Mahathir mengumumkan bahawa mereka akan kekal bersama Warisan sebagai blok bebas dan tidak akan bersama HARAPAN yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu menyusul selepas HARAPAN kembali kepada konsensus awal bahawa Anwar adalah calon pilihan untuk gabungan itu.

Sebagai rekod, Mahathir menuntut jawatan itu diberikan kepadanya untuk tempoh enam bulan sebelum diserahkan kepada Anwar, namun cadangan itu tidak dipersetujui Anwar.

Mahathir kemudiannya menamakan pula presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai calon pilihannya.
https://t.me/kartelmedia
“Sokongan HARAPAN terhadap Anwar sebagai calon perdana menteri bererti Mahathir akan kehilangan sokongan HARAPAN. Oleh itu, saya tidak nampak bagaimana Mahathir akan boleh pertahankan Langkawi,” katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi penganalisis, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, walaupun pemimpin vateran itu telah hilang kuasa rundingan, namun Mahathir tidak akan mudah menyerah kalah dan akan  meneliti pilihan yang ada sebelum memutuskan langkah seterusnya.

Mahathir jelasnya hanya akan bersara daripada politik hanya jika dia peroleh “kepuasan politik”.

“Sebagai contoh, jika kedudukan anaknya Mukhriz dalam politik benar-benar terjamin, maka dia mungkin akan berundur dengan tenang," jelas AwanG Azman.

Post a comment

0 Comments