Malaysia catat 18 kes baru Covid-19


KETUA
Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 18 kes baru berkaitan Covid-19 hari ini.

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 di Malaysia kini 8,755 kes dengan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 92.

Dalam kenyataannya, sebanyak 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan tujuh warga negara Malaysia dan tiga bukan warga negara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

"Daripada lapan kes penularan di dalam negara, enam kes adalah dalam kalangan warga negara Malaysia dan dua kes bukan warga negara.

"Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara membabitkan warga negara adalah satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Umum Sarawak; satu kes dari Kluster Pusat Perubatan Kuching, dua kes saringan di tempat kerja di mana mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan dua kes dari kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Pitakwa," katanya.

https://t.me/kartelmedia
Sementara itu tambah Noor Hisham, dua kes melibatkan bukan warga negara pula adalah satu kes dari Kluster PUI Shirala dan satu kes saringan sebelum berlepas ke luar negara di mana beliau tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

"Setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak tiga kes pulih dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 8,541 kes atau 97.6 peratus.

"Kini ada tiga individu dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan seorang memerlukan bantuan pernafasan dan jumlah kematian kekal 122," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada kes kematian baru direkodkan hari ini.

Post a comment

0 Comments