Malaysia kembali catat kes penularan tempatan


KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 13 kes baru koronavirus (Covid-19) dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah itu jelas Dr Noor Hisham adalah lima kes penularan tempatan. Tiga melibatkan rakyat Malaysia dan dua lagi bukan warga negara.

lapan kes lagi adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan enam warga negara dan dua bukan warga negara (pemastautin tetap).

"Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan warganegara melibatkan dua kes ‘Severe Acute Respiratory Infection’ (SARI) yang telah dimasukan ke Hospital Umum Sarawak, dan satu kes saringan sebelum masuk kerja di Kuala Lumpur.
https://t.me/kartelmedia
“Bagi kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara pula, melibatkan dua kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dengan kedua-dua kes ini disaring semula, sebelum proses penghantaran balik ke negara asal,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dengan perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,696 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan 12 pesakit pulih hari ini. Tiada kematian baharu telah direkodkan.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 64 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya lagi.
 

Post a comment

0 Comments