Mengapa isu Muhammad Adib senyap?


SEORANG Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) mempersoalkan mengapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah hilang minat memperjuangkan nasib Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

RSN Rayer (HARAPAN-Jelutong) ketika perbahasan Titah Diraja pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berkata, isu Allahyarham Adib pernah dijadikan modal politik parti pemerintah sekarang.
https://t.me/kartelmedia
Tambahnya, pada beberapa pilihan raya kecil (PRK) antaranya di  Cameron Highlands dan Tanjung Piai, isu tersebut dimainkan sehingga menyebabkan calon mewakili HARAPAN kecundang.

“Tetapi isu ini tiba-tiba senyap, tidak dibangkitkan malah minggu kedua mendengar perbahasan dan isu ini tidak dibangkitkan langsung parti pemerintah terutama Perikatan Nasional (PN).

“Saya nak lontarkan persoalan kepada Menteri Perundangan (Datuk Takiyuddin Hassan) dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hamzah Zainudin).

“Kenapakah tiba-tiba apabila PN memerintah, isu berkenaan dengan arwah Adib ini tidak diberi sebarang perhatian?” soalnya.

Susulan persoalan dibangkitkan, seorang Ahli Parlimen PN, Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) bangun mencelah.

Ahmad Fadhli mendakwa beliau sendiri ada membangkitkan isu arwab Muhammad Adib dalam ucapannya pada minggu lalu.

Bagaimanapun, Rayer dalam jawapan balas menjelaskan bahawa isu Muhammad Adib hanya timbul selepas beliau melontarkan persoalan mengenai perkara terbabit.

Sementara itu, Rayer menegaskan bahawa HARAPAN akan terus memperjuangkan nasib Muhammad Adib.

Pelaku kes tersebut tegasnya perlu dituduh di mahkamah sebagai membela kematian Muhammad Adib.
 
"Isu Adib dan keluarga beliau harus diberi perhatian.

"Baru-baru ini sungguh tidak bertanggungjawab bagi menteri-menteri PN untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada keluarga Adib menyaman polis sekiranya ingin berbuat demikian," katanya dipetik.
 

Post a comment

0 Comments