Muat naik video kucing perlu lesen atau tidak?


KENYATAAN
mengelirukan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah bahawa semua jenis pembikinan filem termasuk untuk media sosial peribadi perlu mendapatkan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dikritik ramai.

Ketua Sosialis Muda DAP (Dapsy) Selangor Wong Siew Ki berkata, keputusan mensyaratkan lesen itu  satu bentuk "kejahilan" menteri terhadap bidang perfileman dan kebebasan bersuara dan cerminan sifat “gila kuasa” kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Wong Siew Ki
"Sebagai seorang pembikin filem dokumentari dan juga wakil rakyat, saya berasa amat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan Saifuddin Abdullah.

"Kebanyakkan filem-filem pendek dan dokumentari banyak membantu untuk menyalurkan maklumat dan sisi-sisi kebenaran sesuatu isu yang ingin diketengahkan memandangkan kebanyakkan medium arus perdana hanya bersifat sebelah pihak sahaja," kata Adun Balakong itu dalam kenyataan.

Semua jenis video


Terdahulu, ketika Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin dilapor berkata semua bentuk penggambaran, termasuk rakaman media sosial peribadi memerlukan lesen.

Ditanya adakah keperluan lesen itu turut terpakai ke atas mereka yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan TikTok, beliau berkata semua penggambaran tertakluk kepada undang-undang berkenaan.
https://t.me/kartelmedia
Susulan itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) mempersoalkan adakah guru sekolah juga memerlukan lesen Finas untuk melakukan pelajaran dalam talian.

Malah bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melahirkan rasa bimbang keputusan itu akan "membunuh" penyedia kandungan dalam talian, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

Kebimbangan dari kenyataan Saifuddin bukan hanya dikritik ahli parlimen pembangkang, pengguna media sosial hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan dibuat Saifuddin.

Video kucing perlu lesen?

Adun Ketari Young Syefura Othman memuat naik video kucing di Twitter sambil bertanya sama ada dia memerlukan lesen atau tidak.

Tangkapan layar Twitter Adun ketari
Kenyataan Saifuddin itu turut mendapat perhatian Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN). Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan berkata,  arahan itu terlalu umum sehingga ia akan mengesankan mereka yang menggunakan media sosial, termasuk pelantar YouTube, TikTok, Instagram, dan lain-lain.

Arahan tidak munasabah ini jelasnya satu langkah kebelakang terutama ketika Kerajaan HARAPAN sebelum ini telah berjaya melonjakkan tahap kebebasan media yang memberi keyakinan kepada pemerhati dan pelabur asing.

"Dengan rencana terkini ini, kerajaan akan memadam usaha dan upaya kerajaan lalu sekaligus menginjak tatanan dan demokrasi negara hukum.

"Dalam masa yang sama pula, kerajaan percaya ia akan terus mendukung kebebasan bersuara. Apakah masuk akal?" soalnya.

Laman sesawang Finas menyatakan syarat untuk mendapatkan lesen bagi pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.


Bagaimanapun dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin tampil dalam satu kenyataan yang mendakwa sebahagian laporan dibuat berhubung kenyataannya dalam Dewan rakyat adalah tidak tepat.
 

Katanya, kerajaan tidak berniat menggunakan Akta Perbadanan Filem Nasional Malaysia 1981 untik menyekat kebebasan individu di media sosial.

Post a comment

0 Comments