Muzium Brooke pamer dayung berusia 120 tahun


PENGUNJUNG
Muzium Brooke di Kuching kini berpeluang melihat sendiri artifak bersejarah dalam bentuk sebatang dayung kayu hiasan berusia 120 tahun.

Artifak sepanjang 1.5 meter itu bakal dipamerkan di Galeri Brooke, Fort Margherita, sebuah kubu tentera yang dibina pada zaman pemerintahan Charles Brooke, Rajah Sarawak pada abad ke-19.

Pengurus Muzium Brooke Salliza Sideni yang dipetik laporan Bernama berkata dayung itu adalah hadiah kepada Rajah Muda Anthony Brooke, berkemungkinan daripada pemimpin suku tempatan semasa lawatannya ke hulu di sepanjang Sungai Sarawak.
https://t.me/kartelmedia
“Pengenalan artifak ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-140 tahun Fort Margherita yang merupakan mercu tanda ikonik di bandar ini, dan pembukaan semula Galeri Brooke (berikutan penutupan empat bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada pemberita di muzium semalam.

Kubu bersejarah ini yang diubah menjadi muzium, dibuka kepada orang ramai pada 2016 dan menjadi satu daripada tarikan pelancongan di negeri Sarawak.

Ia banyak menyimpan artifak dan imej sejarah negeri itu khususnya semasa zaman Brooke.

Post a comment

0 Comments