Najib dakwa Shafie suka minta tender terpilih


BEKAS Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa presiden Warisan, Shafie Apdal kerap meminta tender sewaktu menjawat tugas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah ketika era pentadbirannya.

Memetik laporan FMT, Najib berkata Shafie kerap menolak pelaksanaan sesuatu projek secara tender terbuka.

“Semasa saya perdana menteri dan menteri kewangan, menteri yang paling kerap menolak tender terbuka dan meminta tender terpilih ialah calon perdana menteri Pakatan Harapan Plus.," kata bekas presiden Umno itu dipetik.
https://t.me/kartelmedia
Menurut portal itu lagi, Najib mendakwa Ketua Menteri Sabah itu tidak seperti menteri lain, Shafie katanya akan mengirimkan surat rayuan meminta tender yang ditolak dipertimbangkan semula.

“Jarang ada orang tulis surat rayuan untuk ini. Tidak ada menteri lain seperti dia. Sehinga surat permohonan untuk tender terhad dan surat rayuan bertimbun-timbun di Kementerian Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Najib turut memuat naik gambar 2 pucuk surat yang oleh ditandatangani Shafie pada 2013 dan dikirim kepada Najib dan bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Dalam surat kepada Najib, Shafie merayu supaya beliau menimbangkan semula secara tender terpilih projek laluan alternatif menghubungkan Parit Jalil dan Bakau Condong di Batu Pahat, Johor.

Surat kedua yang ditujukan kepada Husni pula merayu pertimbangan semula tender terpilih bagi pelaksanaan projek membina jalan ke Mini Estet Sejahtera, Kampung Timpagoh Laut, Penampang, Sabah.

“Bila dia jadi perdana menteri ke-9 PH Plus, bolehlah dia luluskan tender-tender dia sendiri pada masa depan seperti apa yang dia sering buat.

"Bolehlah dia berhenti tulis surat rayuan pada masa itu,” sindir Najib merujuk kepada penamaan Shafie sebagai calon perdana menteri PH sebelum ini sekiranya gabungan itu berjaya merampas semula Putrajaya.

Post a comment

0 Comments