Notis kekosongan kerusi Slim telah diterima


SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid mengesahkan telah menerima notis kekosongan kerusi DUN Slim.

Beliau berkata notis itu diserahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Saarani Mohamad kepadanya  susulan kematian penyandang kerusi itu Mohd Khusairi Abdul Talib.
https://t.me/kartelmedia
Memetik laporan Bernama, Mohamad Zahir berkata, notis kekosongan DUN Slim itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

Mohd Khusairi, 59, disahkan meninggal dunia pada Rabu di Hospital Bentong.

Allahyarham dilapor tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort akibat serangan jantung.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu 32 membentuk Perikatan Nasional, terdiri daripada 25 BN yang kesemuanya UMNO, Bersatu (empat), PAS (tiga).

Manakala Pakatan Harapan (HARAPAN) diwakili DAP menduduki (16 kerusi), Amanah (lima), KEADILAN (tiga)

Selebihnya diwakili Bebas (dua) dan Gerakan (satu).

KEADILAN dijangka akan mempertaruhkan calon pada Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan bagi mewakili HARAPAN.

BACA:
KEADILAN beri bayangan letak calon di Slim

Pengerusi KEADILAN negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pihaknya akan meneruskan usaha membela nasib rakyat kawasan itu ketika dalam waktu mencabar ini dan mengekalkan legasi Khusairi dengan meletakkan calon anak tempatan.

 

Post a comment

0 Comments